Komfiuz

Camane nak buat lambang ni?

┌∩┐(◕_◕)┌∩┐ you

yeaa.. aku dah berjaya creat radio online sendiri

Aku sangat berminat dengar radio secara striming..terutama Hotfm,so aku bukak google and tipe HOW TO CREAT RADIO ONLINE, dan akhirnya jumpa ga totorial membuat radio..ia mudah sekali..



Thank you kepada http://www.kaskus.us sebab mengajar aku tuk buat radio ni...

Big Bang - Secret Garden Parody (Eng Subs) 720p





Peminat big bang semua kalau nak cari video ni dalam HD,boleh la download kat sini...


http://www.fileserve.com/file/ubjhCV4
http://www.fileserve.com/file/eSdQ3NH

Perempuan ker lelaki ni? Tapi memang cun arr.








Camana, tergoda tak hehehhe....

Hitam Itu Menawan.








Sumber http//:Gempak.org

Gajah Ker Panda













Alahai!!!! comel la Gajah ni bila tukar colour, nasib baik anak gajah yang dorang cat, kalau mak/bapak gajah yang dicat,, tak tahu apa yang akan jadi.!!









Sumber Dari http://bdkgtah.blogspot.com



Maharaja Lawak Minggu 5

Menang best tengok rancangan ni, lebih-lebih lagi kalau yang ade Pakej Mustika kat Rumah. Maklumlah rancangan ini berbayar,so yg tak ade pakej mustika tu, jangan bimbang, korang boleh download full video kat sini, link pun link Mediafire, so usah segan tuk menyedut ye......


Maharaja Lawak Season 5 (2011) SDTVrip PRT




Mediafire Link

http://www.mediafire.com/?jb4gw6zkbifi490
http://www.mediafire.com/?kvspi1gdmfri8xi
http://www.mediafire.com/?ed6sd5b8hz2fawe
http://www.mediafire.com/?m6ycbb66k7qyfxr

Credit By TeaMarYzs

Keluarga..!!!

Di sini saya nak berkongsi, antara gambar-gambar diantara adik beradik aku, sebenarnya aku la yang paling akhir sekali hahah.




























Novel Restu Tingkatan 5



NOTA NOVEL RESTU

TAJUK : NOVEL RESTU

TEMA
Bertemakan tentang ketabahan dan kegigihan seorang anak muda dalam mengharungi keperitan hidup sehingga akhirnya dia berjaya dalam kehidupannya.
- Contohnya :tema ini dapat dikaitkan dengan watak ikram yang tabah dan gigih berjuang meneruskan kehidupan setelah kematian ayahnya, berpisah dengan abangnya yang difitnah, berpisah dengan ibunya yang berkahwin lain , hidup serba kekurangan, dihina ,dicaci masyarakat dan hidup bersama adiknya kamal mengusahakan kebun nanas sambil meneruskan persekolahan .Akhirnya berkat ketabahan dan kegigihan beliau , ikhram berjaya dalam hidup dan menjawab jawatan penolong pegawai daerah di penarik kampong halamannya.

PERSOALAN
1. Kemiskinan hidup
- contoh: keluarga ikram diselubungi kemiskinan apabila kematian ayahnya menyebabkan abagnnya Yazid terpaksa berhenti sekolah untuk menyara keluarga dan menjadi tulang belakang kepada keluarganya.
-contoh: Disebabkan kemiskinan juga sejak kecil ikram kerap dimarahi gurunya iaitu cikgu Hamzah kerana sering gagal menyerahkan yuran sekolah pada waktu yang ditetapkan.Akibatnya ikram sering malu dan takut untuk ke sekolah sehingga dia mengambil keputusan mengasingkan diri di masjid
-contoh: ketika musim menuai nanas ,ikram sering ponteng sekolah untuk memetik nanas kerana nanas yang masak tidak boleh dibiarkan begitu saja kerana akan menjadi busuk.jika ini berlaku ikram dan kamal akan kehilangan sumber rezeki dimana selama beberapa hari dia tidak menjamah makanan, kecuali bubur cair berlaukkan ikan kering bakar

2. kepentingan pendidikan dalam kehidupan
-contoh: kehidupan keluarga ikram yang dirantai kemiskinan semakin berubah apabila ikhram dilantik menjadi penolong pegawai daerah. Kedudukan yang diperolehi ikram ini adalah hasil kegigihan dan kesabarannya belajar sehingga berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti.

3. keburukan fitnah
-contoh: keluarga ikram hilang tempat bergantung apabila abangnya Yazid telah difitnah cuba membunuh tok leman . peristiwa ini berlaku kerana yazid telah bergaduh dengan tok leman dan ramli kerana tok leman gagal menyelesaikan masalah pemilikan tanah arwah ayahnya dan gagal menghadiri mesyuarat. Pak usop telah menasihati Yazid supaya meminta maaf daripada tok leman. Oleh kerana menghormati pak Usop yazid telah pergi kerumah tok leman selepas solat isyak. Dipertengahan jalan yazid berselisih dengan beberapa orang berpakaian hitam dalam keadaan cemas. Apabila sampai dirumah tok leman yazid mendapati tok leman telah ditikam diperutnya dan yazid mencabut pisau tersebut , ramli terlihat yazid dan menjerit mengkhabarkan pembunuhan tok leman.Yazid yang panic telah melarikan diri sehingga tidak pulang-pulang.

4. kasih sayang antara manusia
-contoh: ikram dan hasnah berkawan rapat sejak mereka bersekolah lagi, sehingga hubungan tersebut menjadi semakin intim. Selepas lebih 10 tahun tidak bersua, mereka bertemu kembali di kampong penarik apabila ikram berjaya menjadi penolong pegawai daerah. Akibat ketulusan cinta , ikram dan hasnah sanggup membujang kerana bagi mereka hanya kematian yang dapat memisahkan mereka.

5. ketaatan kepada ajaran agama
-contoh: perpisahan ikram dan hasnah dalam jangka masa yang lama telah menyebabkan timbul keinginan ikram untuk menyatakan hasratnya melamar hasnah. Perasaan rindu yang membara menyebabkan ikram memegang tangan hasnah dalam satu pertemuan antara mereka berdua. Setelah pulang ikram berasa menyesal dengan tingkah lakunya ketaatannya kepada agama telah menyebabkan ikram memohon keampunan daripada Allah s.w.t.

6. keteguhan dan ketegasan pendirian
Contoh: semasa menuntut di universiti , ikram menunjukkan keteguhan dan ketegasan pendirian apabila dia berdebat dengan pensyarahnya tentang suatu tajuk yang dirasainya silap penyampaian dan tanggapan.tidak selesai di dewan kuliah,ikram menyusul pensyarah berkenaan kebiliknya semata-mata untuk mencari kebenaran sehingga dianggap biadab oleh pensyarah.akhirnya pensyarah memohon maaf secara terbuka di dewan kuliah apabila mendapati kata-kata ikram benar.

SENARAI NAMA WATAK

Ikram cikgu maimunah liza haji kodri
Yazid leman fail rasyid siew yap
En rahman(ayah ikram) tok leman cheng yee paiman
Ibu ikram pak nawi mak besah rasyid anak pak usop
Salimah ramli pak kamal
Kamal rozali daeng rahman penghulu ishak
Husin wak pagek mohammad salleh/pak leh
Jamal hasnah/ zaleha haji ramli
Pak usop paiman haji komsin
Cikgu hamzah cikgu rahman cikgu jalal

Jurai keluarga ikram


En Rahman(ayah Ibu



Yazid

Salimah

Ikram


Kamal

Husin


Jamal


PERWATAKAN
1. ikram
-Watak utama
-penolong pegawai daerah ( A.D.O) di pontian
-berasal dari singapura dan berpindah ke kampong penarik hilir pada bulan april 1963
-anak ketiga daripada enam beradik
Ayahnya bernama En rahman
-pernah mendapat julukan budak asam paya daripada tok penghulu leman
-mahir mengenal pasti rumpun pokok asam kelubi jantan atau betina
-berkebolehan memanjat pokok kelapa
-pernah belajar silat sendeng kuntau cina dengan wak pagek
- menghormati guru silatnya walaupun berjawatan tinggi
-zaman remaja, berkawan rapat dengan hasnah anak tok leman
- berhijrah ke johor bahru
-prihatin dalam tugas iaitu sentiasa membawa buku memo untuk mencatat
-seorang yang pendendam dengan menaruh dendam terhadap rozali daeng rahman yang memperolehi tanahnya melalui cabutan undi.
-seorang yang gigih iaitu turut membantu abangnya Yazid dan ibunya menorah getah setelah kematian ayahnya
-bekerja dikebun nanas untuk menyara diri dan adiknya kamal
-tidak mudah berputus asa contoh ikram menunggu lori yang dijanjikan pak nawi untuk menganggut nanasnya sehingga terpaksa bermalam di pinggir jalan dalam keadaan sejuk dan kelaparan kerana menunggu lori yang hanya datang keesokkan harinya
-seorang yang penyabar contoh memikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga dengan menjaga kamal kerana ibunya berpindak ke mersing
-pelajar cemerlang dalam peperiksaan SPm di sekolah menegah sungai durian
-seorang yang rajin dan tekun belajar dan bekerja
-kaya dengan budi bahasa
Menghormati pak usop dan wak pagek
-tegas pendiriannya contoh mahu terus kekal tinggal di kampong penarik walaupun ibunya ingin berpindah ke mersing
-memiliki sifat pemarah dan kurang sabar
-mudah berasa sedih dan sayu haticontoh apabila teringgatkan arwah ayahnya,adik-adik dan ibunya dia akan menangis dan memohon kepada Allah supaya diberi kekuatan untuk meneruskan hidup
-seorang yang keras kepala
-seorang yang bertanggungjawab terhadap keluarga dan pelajaran
-bersahabat baik dengan jalil semenjak di universiti lagi
- mempunyai kekasih bernama hasnah

2. jalil
-watak sampingan
-sahabat karib ikram yang dikenali sewaktu di universiti
-tiga tahun lebih senior daripada ikram
-pegawai daerah di pontian
-sudah berkerluarga isterinya bernama liza dan mempunyai dua orang anak
-seorang yang serius dan tegas
-tidak suka pembaziran
-serius terhadap tugas dan bertanggungjawab

3. pak usop
-watak sampingan
-bermastautin di permas sejak kanak-kanak lagi
-kemudian berhijrah ke penarik hulu
-mshir ilmu persilatan dan pernah mengajar ikram silat gerak
-gemar makan nanas Sarawak
-petani yang gigih dan tekun
-berfikiran jauh dan tidak suka bertindak terburu-buru
-seorang yang penyabar
Warak dan beriman
-mentor kepada yazid dan adik-adiknya setelah kematian ayah
-seorang yang perahsia
-seorang perantau
-isterinya bernama mak besah dan mempunyai beberapa orang anak

4. hasnah
-watak sampingan
-di kenali juga sebagai zaleha
-penyelia kemas di mukim penarik
-anak kepada tok leman
-sepupu kepada ramli
-anak jati kempung penarik
-mengenali ikram sejak sekolah menengah lagi
-gadis manja yang manis,bersopan
-digambarkan mempunyai wajah yang bujur sirih,ayu bertudung, berkulit putih cerah yang bertukar menjadi merah apabila dibakar sinar matahari,ada tahi lalat pemanis di atas bibir sebelah kiri
-seorang yang gigih dan bersemangat
-banyak membantu ikram dengan memberi galakan,perangsang dan semangat untuk belajar
-wanita yang setia contoh: selama lebih 10 tahun ikram meninggalkan kampong penarik tanpa sebarang khabar berita,hasnah tetap yakin ikram akan ditemui suatu hari kelak.
-hasnah dicintai oleh ikram

5. Yazid
- watak sampingan
-anak sulung dalam keluarga ikram
-terpaksa berhenti sekolah setakat tingkatan 3 setelah ayah meninggal dunia kerana terpaksa memikul tanggungjawab dan mengambil alih tugas ayah sebagai ketua keluarga
-banyak mengalami penderitaan
-bertanggungjawab terhadap keluarga contoh: sejak kematian ayah yazid membantu ibunya menorah getah sejak awal subuh lagi.
-cepat marahcontoh: sewaktu mengetahui tentang permohonan untuk memiliki geran tanah tidak sampai ke pejabat tanah,yazid menjadi amat marah
-abang yang tegas contoh: yazid melarang ikram pergi ke balai raya di mana mesyuarat tentang hal geran tanah diadakan
-berani menegakkan kebenaran contoh: yazid dengan berani menahan kereta tok leman semata-mata untuk mengetahui tentang tok leman yang gagal menghadirkan diri dalam perjumpaan yang diadakan dibalai raya untuk membincangkan hal geran tanah tersebut
-tidak mengabai suruhan agamacontoh yazid akan menunaikan solat maghrib dan isyak secara berjemaah sebelum menjamah makanan malamnya
-dituduh menikam tok leman
-disuruhpak usop supaya meninggalkan johor sehingga ke suatu masa yang diberitahu pak usop

6.wak pagek
-guru tua silat sendeng kuntau cina di kampong penarik hilir
-watak sampingan
-bertubuh kurus langsing,tetapi tegap
-umurnya sewaktu ikram menjadi muridnya sudh lebih 70 tahun
-boleh menghadapi 4 orang muridnya yang remaja lela satu persatu
-amat dihormati muridnya

7. ayah ( Rahman)
-watak sampingan
-bekerja sebagai pekerja biasa di Town Council,tanjung pagar singapura
-selepas bersara berhijrah ke kampong penarik hilir
-kesihatan tidak memuaskan sering mengadu sakit dada
-mengadakan perjanjian dengan tok leman tentang permohonan untuk mendapatkan geran tanah
-menyerahkan rm3000 kepada tok leman sebagai harga tanah yang dibeli
-seorang yang bertanggungjawab
-kuat bekerjameninggal dunia pada usia 58 tahun

LATAR MASYARAKAT/CITRA/GAMBARAN MASYARAKAT
1. masyarakat yang beragama islam-contoh1: nama watak yang digunakan oleh orang islam seperti yazid,ikram,hamzah dan lain-lain. Contoh 2: yazid akan menunaikan solat maghrib dan isyak secara berjemaah sebelum menjamah makanan malamnya
2. masyarakat petani -contoh: ikram dan keluarganya menanam nanas dikebunnya yang seluas tiga ekar
3. masyarakat peniaga -contoh:siew yap membuka kedai runcit di kampong penarik. Ramai penduduk yang berhutang dikedainya contoh: pak salleh membuka warung di kampong penarik
4. masyarakat nelayan –contoh: abang sapar anak wak zohri mencari ikan di tepi sungai berhampiran pokok kempas.biasanya dia akan membawa pulang sehingga setengah guni ikan
5. masyarakat yang mementingkan pelajaran-contoh:selepas ikram berjaya menjadi pelajar terbaik di sekolahnya dalam peperiksaan SPM. Penduduk kampong menjadikan ikram sebagai contoh untuk anak mereka
6. masyarakat kampong yang bersikap terbuka .ini dapat dilihat melalui anak-anak muda dan anak-anak gadis boleh duduk semeja dalam membincangkan hal pelajaran-contoh: ikram dan kumpulan perbincangannyaseringkali mengadakan perjumpaan untuk membincangkan pelajaran mereka
7. masyarakat yang mementingkan adat-contoh: sewaktu haji kodri mengadakan majlis perkahwinan anak perempuannya.penduduk kampong penarik mengadakan amalan gotong royong bagi menjayakan majlis tersebut
8. masyarakat yang mementingkan ilmu persilatan-contoh: ikram ketika remaja belajar ilmu silat sendeng kuntau cina daripada wak paget
9. masyarakat kampong yang mempunyai taraf kesihatan yang sederhana-contoh: ayah ikram menghidap penyakit di bahagian dada dan seluruh badan kerana teruk bekerja sebagai buruh sewaktu di singapura
10. masyarakat yang suka menabur fitnah-contoh; rozali memfitnah yazid yang cuba membunuh tok leman.sedangkan yang melakukan perbuatan ttersebut adalah dirinya sendiri
11 masyarakat yang berani menegakkan kebenaran -contoh: yazid dengan berani menahan kereta tok leman semata-mata untuk mengetahui tentang tok leman yang gagal menghadirkan diri dalam perjumpaan yang diadakan dibalai raya untuk membincangkan hal geran tanah tersebut
12 asyarakat yang penyayang-contoh: ikram dan hasnah berkawan rapat sejak mereka bersekolah lagi, sehingga hubungan tersebut menjadi semakin intim. Selepas lebih 10 tahun tidak bersua, mereka bertemu kembali di kampong penarik apabila ikram berjaya menjadi penolong pegawai daerah. Akibat ketulusan cinta , ikram dan hasnah sanggup membujang kerana bagi mereka hanya kematian yang dapat memisahkan mereka.
13 masyarakat yang hidup miskin - contoh: keluarga ikram diselubungi kemiskinan apabila kematian ayahnya menyebabkan abagnnya Yazid terpaksa berhenti sekolah untuk menyara keluarga dan menjadi tulang belakang kepada keluarganya.
14 masyarakat yang taat kepada ajaran agama -contoh: perpisahan ikram dan hasnah dalam jangka masa yang lama telah menyebabkan timbul keinginan ikram untuk menyatakan hasratnya melamar hasnah. Perasaan rindu yang membara menyebabkan ikram memegang tangan hasnah dalam satu pertemuan antara mereka berdua. Setelah pulang ikram berasa menyesal dengan tingkah lakunya ketaatannya kepada agama telah menyebabkan ikram memohon keampunan daripada Allah s.w.t.
15 masyarakat yang bertanggungjawab terhadap keluarga-contoh: apabila ayah meninggal dunia yazid menunaikan tanggungjawab sebagai ketua keluarga dengan berhenti sekolah dan bekerja menorah getah untuk menanggung kehidupan mereka sekeluarga
16 masyarakat yang pendendam –contoh: ikram masih berdendam terhadap rozali yang memperolehi tanahnya melalui cabutan undi
17 masyarakat yang setia dengan cinta contoh: selama lebih 10 tahun ikram meninggalkan kampong penarik tanpa sebarang khabar berita,hasnah tetap yakin ikram akan ditemui suatu hari kelak


PLOT
TEKNIT PLOT/PENCERITAAN
1. teknik pemerian –iaitu pengarang menggunakan teknik ini untuk memerihalkan watak wak pagek –contoh: wak pagek adalah guru silat sendeng kuntau cina di kampong penarik hilir.Pendekar tua itu bertubuh langsing,tetapi tegap.umurnya waktu itu sudah lebih tujuh puluh tahun.Namun system pernafasan dan kudrat bersilat yang sebati dalam diri wak pagek tidak ubah macam orang muda
2. teknik imbas kembali- contoh: ikram masih ingat lagi peristiwa penting sewaktu ayahnya menghulurkan wang tiga ribu ringgit kepada tok leman.Malam itu ikram telah menjadi saksi tidak rasmi kepada suatu perjanjian tidak bertulis yang bakal mencorakkan masa hadapan diri dan keluarganya
3. teknik imbas muka-contoh:sewaktu hamper meninggalkan kampong penarik hulu kerana kegagalannya mendapatkan kembali tanah yang telah diusahakan selama ini daripada tangan rozali yang memperolehi tanah tersebut berdasarkan cabutan undi,ikram berjanji untuk kembali ke kampong tersebut sebagai seorang yang berjaya.janji tersebut merupakan imbas muka apabila ikram berjaya melunaskan janjinya dan kembali ke kampungnya sebagai ADO
4. teknik monolog luaran iaitu ikram bercakap seorang diri sewaktu dia hamper berpindah dari kampungnya-contoh: “ selamat tinggal,wahai pokok rambutan.selamat tinggal, wahai pokok kelapa gading.esok kau akan dapat tuan yang baru.di sampai di sini sajalah kamu semua bertuankan aku.aku ucapkan terima kasih yang tak terhingga kepada kamu semua atas jasa dan bakti kamu
5. teknik dialog- perbualan antara ikram dan pak usop yang membincangkan tentang permohonan tanah mereka yang sudah dibincangkan dipejabat daerah-contoh: “permohonan kita atas tanah sudah pun dibincangkan oleh pihak pejabat daerah.pak usop pergi ke pontian semalam.menurut kerani pejabat tanah, para pemohon yang awal memajukan boring akan diberi keutamaan .” pak usop nampak gembira
6. teknik monolog dalaman-bercakap sendiri didalam hati contoh:” maafkan saya,ayah.saya gagal.saya tak berjaya meneruskan perjuangan ayah atas tanah ini.saya tak punya kekuatan seperti ayah.semangat saya dibunuh oleh kertas kecil undian itu.saya malu kepada ayah.saya malu.maafkan saya,ayah.”ikram meratap dihati

NILAI KEMANUSIAAN
1. nilai amanah –contoh: ikram telah mengusahakan kebun yang ditinggalkan oleh ayah dengan penuh amanah sehingga kebun tersebut berjaya mengeluarkan hasil.
2. nilai keberanian-contoh: ikram sanggup mengambil risiko hidup bersendirian tanpa ibu dikampung penarik.
3. nilai bertanggungjawab-contoh: ibu ikram bertanggungjawab membesarkan anak-anak selepas kemtian suaminya,walaupun dia terpaksa bekerja keras sehingga jatuh sakit.
4. nilai berdikari-contoh: ikram bukan sahaja menguruskan hal ehwal kebun nanas mereka tetapi dia juga bertindak menjadi ibu kepada kamal.
5. nilai kecekalan,ketabahan dan kegigihan-contoh: ikram cekal ,tabah dan gigih meneruskan kehidupan dalam kedaifan hidup,kemiskinan yang menghimpit terbukti apabila berkat kecekalan dan kegigihan, ikram berjaya menjadi pelajar terbaik dalam peperiksaan SPM.
6. nilai keinsafan-contoh:ibu ikram mengambil keputusan memaafkan tok leman dan keluarganya setelah mengenali hasnah yang lemah lembut dan bersopan santun.
7. nilai kejujuran-contoh:Pak usop kerap menasihati dan memberi tunjuk ajar kepada ikram, terutama ketika dia dalam keadaan marah, misalnya sewaktu berlaku pertarungan antara ikram dan pak nawi.
8. nilai kasih sayang-contoh: walaupun hampir sepuluh tahun berpisah ,tetapi ikram masih sayang dan setia menanti hasnah.
9. nilai menghormati orang tua-contoh: yazid dan ikram amat menghormati pak usop kerana pak usop banyak memberi nasihat kepada mereka berdua terutama setelah kematian ayah.
10. nilai kerajinan-contoh:ikram bukan sahaja rajin belajar, tetapi juga rajin membantu ibu dan abangnya menorah dan mengusahakan kebun nanas mereka.
11. nilai kesabaran-contoh:pak usop terkenal dengan sifat sabarnya sehingga kesabaran pak usop dipersendakan oleh rozali dalam peristiwa permohonan geran tanah yang telah mereka terokai
12. nilai simpati-contoh: cikgu maimunah membantu persekolahan ikram dengan membayar yuran sekolahnya
13. nilai tolong-menolong-contoh:pak usop telah membantu merahsiakan pemergian yazid dari kampung penarik hulu setelh yazid dituduh menikam tok leman.

PENGAJARAN/ MESEJ

1. kita haruslah gigih ,tabah dan cekal serta bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu.Contoh:Watak Ikram boleh dijadikan teladan kerana ikram melakukan sesuatu dengan bersungguh-sungguh sehingga berjaya.
2. kita hendaklah selalu bersabar dalam apa jua tindakn yang dilakukan.Contoh:Pak usop seorang yang sangat penyabar ,,misalnya dia berupaya meredakan kemarahan orang-orang kampung terhadap Tok Leman sehinggakan dia dilantik menjadi jurucakap ke Pejabat Tanah.
3. kita janganlah suka menyimpan dendam kerana sifat mendendami orang lain bukanlah sifat yang mulia.Contoh: Rozali mendendami ikram kerana tewas di tangan ikram dalm pertarungan silat dirumah Haji Kodri.
4. kita hendaklah menghormati orang yang lebih tua daripada kita.contohnya: Yazid dan Ikram amat menghormati Pak usup walaupun Pak Usop hanya jiran mereka.
5. kita hendaklah berbudi kepada mereka yang memerlukannya.Contohnya: Cikgu maimunah menghulurkan bntuan kepada ikram merupakan suatu tindakan yang mulia.Cikgu maimunh telah membantu membayar yuran untuk ikram pada setiap awal bulan.
6. kita mestilah berani sekiranya hendak menegakkan kebenaran.contoh:ikram berani berbahas pensyarahnya kerana dia yakin dengan kebenaran yang disuarakannya.Ikram merasakan pendapat pensyarahnya salah lalu mengambil keputusan berbahas tentang hal tersebut.
7. kita hendaklah memaafkan kesalahan orang lain kerana sebagai manusia biasa kita juga tidak terlepas daripada melakukan kesalahan.contoh: ibu mendendami Tok Leman dan seluruh keluarga Tok Leman kerana kesilapan yang dilakukan oleh Tok Leman kepada keluarganya,iaitu Tok Leman tidak mengajukan permohonan memiliki tanah sebagaimna yang dijanjikan kepada arwah ayah.
8. kita janganlah bersikap tamak kerana sikap tamak seringkali mendatangkan kerugian kepada manusia.contoh: Leman Fail bersikap tamo dan inginkan keuntungan yang berlipat ganda daripada pihak kerajaan.
9. sebagai seorang ketua,kita hendaklah menunjukkan contoh dan teladan yang baik.contohnya: Jalil yang merupakan D.O di daerah pontian tidak menyukai pembaziran dan amat menepati masa.
10. sebagai ketua,kita janganlah bersikap tidak amanah dan mudah marah.Contoh: Tok Leman yang merupakan ketua di kampung penarik bersikap tidak amanah dengan mengambil wang orang-orang kampung dengan janji untuk menguruskan soal permohonan geran tanah yang telah diterokai.
11. kita hendaklah tabah menghadapi dugaan hidup.contohnya: ibu sangat tabah menghadapi ujian hidup terutama selepas ayah meninggal dunia.ibu bekerja bertungkus lumus dengan dibantu oleh yazid untuk menyara anak-anaknya yang ramai dan masih kecil